SELAMAT DATANG KE BLOG KURSUS URUT

Tuesday, May 31, 2011

BELAJAR URUT TRADISIONAL, TOL FREE, MINYAK KERETA PUN FREE

 Terkini berkenaan kursus urut Hari sabtu 4 hb june sudah penuh.  Sesi ke dua pada ahad 5hb june 10 pg ke 6 petang masih ada 2 lagi kekosongan. Kursus sehari sahaja, teori dan praktikal. Sesiapa yang berminat sila buat tempahan awal. Terhad 4 orang sahaja pada setiap sesi. Harga RM 300 seorang. Urut untuk orang sihat dan orang sakit termasuk lemah syahwat/batin. 

Pada 11hb dan 12 hb june akan datang pula akan diadakan lagi kursus yang sama. Tapi harganya RM 500 KEMBALI PADA harga asal semula, juga terhad pada 4 orang setiap sesi.


Sebelum ini, setiap kali mahu balik kampung saya menghabiskan duit gaji yang banyak untuk bayar tol, minyak, belanja, dan sedekah untuk anak2 buah , kedua orang tua dan nenek.

Sekarang tidak lagi, gaji saya tidak terusik. Senang saja. Kebetulan pakcik2 dan kawan sudah tahu saya pandai mengurut. Setiap kali balik kampung mereka tak putus2 mencari saya untuk diurut. Tak pernah minta bayaran memandangkan mereka adalah saudara saya. Tetapi kerana sudah selalu dan memikirkan saya dari jauh agaknya mereka berikan juga setakat yang termampu.  Bila dikumpul2 lumayan juga. Duit itu kemudian saya sedekahkan semula pada nenek, orang tua saya, anak2 buah dan mencukupi untuk cover semula bayaran tol dan minyak kereta. Senang kan?.

(Yang paling membahagiakan hati ialah, saya boleh mengurut nenek yang uzur, dan kedua orang tua saya tanpa perlu mengupah orang lain. )

OK,itu di kampung. Tapi kalau mahu menjadikan punca pendapatan pula, ikut kiraan secara komersial  begini lebih kurang.
Rm 100 sejam seorang sehari out call, kalau anda malas. Kali 30 hari RM 3000, Kalau 2 ORANG rm 6000. Memadailah untuk menyukupkan belanja dan membayar bill kan

Kalau RM 60 sejam di tempat anda, kali 30 hari dah Rm 1800 itu kalau malas2 hanya seorang. Kalau 2 orang RM 3600 kali 30 hari. Sudah lebih dari cukup untuk orang biasa seperti kita kan. 

Seseorang yang makan gaji selalu tak cukup duit  kerana mereka mengunakan duit gaji setiap bulan untuk membayar kereta, dan segala jenis bill. Sebab itu setiap bulan akaun bank menyusut. Pening kan?  Pesanan ini untuk orang yang pendapatannya cukup2 saja. Kalau dah kaya tak payah lah kan. 

Jadi apa yang anda perlu lakukan?. Senang saja, cari punca pendapatan baru. Jangan hanya bergantung pada satu punca saja. Jika satu pendapatan bermasaalah, masih ada income lain membantu.

Banyak yang boleh difikirkan. Berniaga nasi lemak, burger, part time urut dan lain2. Cari yang sesuai dengan anda. Konsep ini mudah namun hasilnya nanti mampu meringankan beban anda.

Tapi bagi saya, urut paling senang, selain masa yang bebas, berjumpa berbagai jenis orang, vip, artis, orang biasa yang akhirnya jadi kawan. Dan penting sekali tidak banyak modal, hanya tenaga dan sebotol minyak urut saja.

Ok, apa2 hubungi saya di 0122948937, sekian dulu buat kali ini, nanti jumpa lagi dalam topik yang lain pula, salam hormat.


Untuk memastikan  maklumat ini adalah terkini klik disini