Posting ini copy paste dari blog utama.
Hari ini ahad, sepatutnya ada kursus urut berkumpulan. Tetapi disebab kan booking urut pesakit sudah dibuat lebih awal dan penuh, terpaksa tunda ke minggu depan yaitu pada hari sabtu 4 hb june dan sesi ke dua pada ahad 5hb june 10 pg ke 6 petang. Kursus sehari sahaja, teori dan praktikal. Sesiapa yang berminat sila buat tempahan awal. Terhad 4 orang sahaja pada setiap sesi. Harga RM 300 seorang. Urut orang sihat dan sakit. Sebelumnya RM 500, kemudian diturunkan RM 250 sempena tahun baru. Dan sekarang Rm 300 pula. Sebelum hujung tahun harganya akan kembali asal yaitu RM 500....
Jadi pada yang berminat sebelum ini jangan tangguh lagi. Pelajar2 yang lepas sudah pun mula mengurut secara sambilan dan tiada lagi masaalah keuwangan seperti sebelum ini. Modal belajar sudah dapat semula dalam masa 3 hari . Ada yang 2 hari saja. Duit gaji langsung tak diusik, simpan saja, hanya gunakan pendapatan mengurut saja untuk perbelanjaan, bayar bill, hutang kereta dan lain2.
Alhamdulillah, senang hati mendengarnya. Termasuk seorang lagi yang sekarang mengurut sepenuh masa di Jordan. Pada bekas pelajar yang ingin menambah lagi pendapatan, buat out call saja. Charge standard paling2 kurang pun RM 100 sejam sekitar KL. Kalau ditempat sendiri Rm 60 sejam. Seorang sehari pun memadai kalau tak cukup masa, kalau rajin anda kiralah sendiri. Harap anda rajin, kerana kalau malas buat apa pun tak guna juga kan.
Rm 100 sejam seorang sehari out call, kalau anda malas. Kali 30 hari RM 3000, Kalau 2 ORANG rm 6000. Memadailah untuk menyukupkan belanja dan membayar bill kan.
Sebenarnya seseorang yang makan gaji selalu tak cukup duit ialah kerana mereka mengunakan duit gaji setiap bulan untuk membayar kereta, dan segala jenis bill. Sebab itu setiap bulan akaun bank menyusut. Pening kan? Pesanan ini untuk orang yang pendapatannya cukup2 saja. Kalau dah kaya tak payah lah kan.
Jadi apa yang anda perlu lakukan?. Senang saja, cari punca pendapatan baru. Jangan hanya bergantung pada satu punca saja. Jika satu pendapatan bermasaalah, masih ada income lain membantu.
Banyak yang boleh difikirkan. Berniaga nasi lemak, burger, part time urut dan lain2. Cari yang sesuai dengan anda. Konsep ini mudah namun hasilnya nanti mampu meringankan beban anda.
Baiklah, hari ini agak kepenatan. Dari pagi mengurut sampai selepas magrib tadi. Sudah terlebih pesakit. Selalu saya hanya ambil 5 orang saja, tapi emergency kes, terlebih dua orang. Makan nasi bungkus saja, tak sempat masak.
Yang saya nak kongsikan kali ini tentang seorang pesakit saya yang datang dari pahang. Setiap 2 minggu sekali dia akan turun kl waktu petang untuk berurut disini. Badan segar lepas urut katanya. Tapi yang menghairankan ialah, lepas urut kan dia kena balik pahang semula, temerloh sana. Jauh tu nak kena memandu. Tak ke penat semula...hehe. Entah lah, harap juga ada orang temerloh yang pandai mengurut sila promote kan diri. Kesian orang temerloh datang jauh kesini semata2 nak urut badan yang sakit.
Ok, sekian dulu buat kali ini, nanti jumpa lagi dalam topik yang lain pula, salam hormat dan selamat malam
Untuk memastikan maklumat terkini klik disini